Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Sunday, February 10, 2019

MAJLIS PEMBUGARAN NILAM DAN PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH

Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Fadli Bin Sidik dan disambut dengan meriah oleh murid - murid di dalam dewan. Majlis dimulai dengan ucapan guru Panitia Bahasa Melayu dan ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Majlis disusuli dengan nyayian lagu NILAM dan lagu BAHASA JIWA BANGSA yang dipaparkan menerusi skrin lcd. Murid - murid bersemangat untuk menyambut bulan bahasa melayu pada bulan Februari ini kerana ada beberapa aktiviti yang dipertandingkan contohnya mewarna dan melukis poster, kuiz antonim dan sinonim, mari mengeja, deklamasi sajak, berpantun, kuiz penjodoh bilangan, mari membaca dan pertandingan bercerita.

Kemeriahan lebih terasa dengan gimik pelancaran oleh Guru Besar, diiringi Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Koko dengan memecahkan ais yang mengandungi banner untuk dilekatkan pada dewan.





































No comments:

Post a Comment