Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Sunday, April 23, 2017

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SKDBR 2017

Karnival Sukan Dan Permainan SKDBR 2017 berlangsung dengan jaya dan meriah. Karnival ini memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan.

Selain itu, pihak sekolah akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid untuk diketengahkan.










Sunday, April 2, 2017

PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017 (KM1M 2017)

Pelancaran KM1M dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Rashid Bin Long dan dimeriahkan oleh semua murid dan guru. 

Gimik pelancaran disempurnakan oleh pihak pengurusan sekolah dan dijayakan bersama pengawas pusat sumber.




PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN TABUNG SAYANG DI SAYANG

Program ini dapat meningkatkan dan  memperkasakan imej guru yang sentiasa menghargai dan meraikan murid. Antara objektif program ini ialah dapat menjiwai amalan penyayang antara guru dan murid, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah dan menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, upacara memotong riben simbolik pelancaran program , pemberian fail kad hari lahir murid dan mengisi tabung sayang di sayang.





PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017


Pelancaran Program Nilam disempurnakan oleh Guru Besar, Encik Mohd Rashid bin Long dan disaksikan oleh guru-guru dan murid - murid Sk Dabara.
Program ini bertujuan menyedarkan murid-murid mengenai membaca buku dan murid boleh mencari bahan bacaan di perpustakaan sekolah.

Diantara gambar-gambar di sepanjang majlis.