Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Monday, June 24, 2013

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA EMAS

SKDABARA K.TRG, SELASA 18 JUN  : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan Program Gotong Royong bersama warga emas yang diwakil oleh pelajar tahun 5 melalui persatuan sekolah, aktiviti ini diiringi oleh guru PKHEM Puan Hasmah Othman dan Pn Zabidah. Program bermula pada pukul 2.00 Petang dan berakhir pada pukul 4.00 Petang. Pelajar-pelajar telah diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti membersih kawasan, dan tugas-tugas di bahagikan kepada pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Tujuan program ini diadakan untuk memberi rasa semangat kerjasama pelajar terhadap masyarakat terutama golongan warga emas sekaligus pelajar dapat memberi khidmat masyarakat dari peringkat rendah. Aktivti ini amat memberi kesan kerana bukan sahaja kita dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah malah pelajar juga dapat mengetahuai bagaimana melibatkan aktivti sihat seperti ini. Dulu kita hanya mengetahuai aktivti masyarakat ini di peringkat universiti dan sekarang program ini telah di jalankan pada peringkat sekolah rendah lagi. Alhamdullah progrm ini telah berjalan lancar dan semua kawasan-kawasan juga telah dibersihkan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan kerjasama tuan rumah. 





















No comments:

Post a Comment