Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

KATA ALUAN


      Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman blog Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

      Justeru itu, usaha membangunkan laman blog ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SK Darat Batu Rakit.

       Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada PIBG sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan.

    Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.


"Kecemerlangan Hari Esok Bermula Hari Ini"

Guru Besar,
Sk Darat Batu Rakit,
Kuala Terengganu