Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Thursday, April 4, 2013

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU UTARA

SKDABARA K.TRG, 04 April  : Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Kuala Terengganu Utara yang di adakan pada 31 March-4 April bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka. Syabas kepada adik-adik kerana berjaya ke peringkat suku akhir. Walaupun tidak berjaya ke peringkat seterusnya, kami pihak sekolah tetap berbangga dengan semangat kesukanan yang kamu miliki dan jadikan kekalahan ini sebagai pemangkin untuk kamu terus berusaha dengan lebih gigih. Kekecewaan hari ini tidak bererti kamu rebah selamanya biar kekalahan jadi semangat pasukan sekolah kita menjadi lebih kuat dan bangkit dari pengalaman yang lalu. Apa yang lebih penting adik-adik telah pelajari satu semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain...SK DABARA TERUS BERSEMANGAT...Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih Cikgu Norliza,Cikgu Mustafa, Cikgu Naji, Cikgu Mashi, Cikgu Faris,Cikgu Azam,Ustaz Solehhuddin,Cikgu Wan Shamsuri, Cikgu Sofian dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sukan sekolah..