Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Monday, August 29, 2016

PROGRAM BIMBINGAN ( PSIKOMETRIK ) 2016

Objektif : Mewujudkan kefahaman tentang Ujian Psikometrik 2016.
              : Pelajar Tahun 6 perlu mengetahui pengertian Psikometrik dan cara - cara menjalani ujian.

Sasaran : Guru - guru dan pelajar tahun 6.

Ujian Psikometrik akan dijalankan pada 30 Ogos 2016 pada pukul 8.30-9.15 pagi.



Majlis disertakan dengan Program Guru Penyayang iaitu Sambutan Hari Lahir kepada semua murid tahun 6 dan lebih istimewa, hari ini 29 Ogos 2016 adalah hari lahir seorang murid calon UPSR iaitu Muhammad Afandi bin yang ke 12. Majlis disambut meriah dengan nyayian lagu hari lahir daripada rakan - rakan dan guru.

Cenderahati hari lahir murid - murid tahun 6 disampaikan  oleh Tuan Guru Besar, En. Abd Aziz Bin Deraman diiringi oleh PKHem dan guru tahun 6.














Sunday, August 21, 2016

PROGRAM GENERASI MITHALI 2016

Pada 19 Ogos 2016, Sk Darat Batu Rakit menjadi tuan rumah bagi program Generasi Mithali yang menggabungkan Sk DaBaRa dengan  Sek. Keb. Bukit Wan dan Sk Pechah Rotan selama 2 hari 1 malam.

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UnisZa dengan kerjasama Perhubungan Alumni Industri dan Komuniti Hidup yang menganjurkan Program Generasi Mithali yang memfokuskan kepada tiga tujahan utama iaitu pemantapan Al-Quran, Solat Dan Syakhsiah yang mensasarkan pelajar sekolah rendah luar bandar.

Gambar di sekitar Program Generasi Mithali 2016








Tuesday, August 16, 2016

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN #SEHATISEJIWA

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 59 Peringkat Sekolah 2016 diadakan pada 14 Ogos 2016, ahad dan bertempat di tempat perhimpunan sekolah. Aturcara pelancaran seperti penyerahan Jalur Gemilang setiap kelas, Gimik Pelancaran, dan Nyayian Lagu Patriotik seperti Jalur Gemilang, Tanggal 31, dan Keranamu Malaysia.

Majlis Penutup pula akan diadakan pada 19 September 2016, isnin dan bertempat di tapak perhimpuan sekolah. Antara aktiviti pada majlis penutup ialah :

  • Larian Kemerdekaan
  • Nyayian lagu Patriotik
  • Dikir Merdeka
  • Penyerahan Jalur Gemilang
  • Pertandingan Menghias Kelas Sepanjang Bulan Kemerdekaan
  • Penyampaian hadiah
Antara gambar-gambar sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.






Monday, August 8, 2016

SEKALUNG PENGHARGAAN UNTUK YAYASAN BAKTI NEGARA

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Yayasan Bakti Negara, Besut kerana sudi menaja Kem Pemacu Pelajar Cerdik Unggul bertempat di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Terengganu. Budi dan jasa tuan-tuan dan puan-puan tidak terbalas, akan tetap menjadi kenang-kenangan dan didoakan semoga segala sumbangan ikhlas yang telah diberikan untuk SK Darat Batu Rakit dalam menjayakan kem demi kepentingan murid - murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.





Sunday, August 7, 2016

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Seramai 6 orang murid Tahun 6 dari  kumpulan 1 berjaya mendapat keputusan 6A dan seorang murid daripada kumpulan 2 telah lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Tahniah diucapkan kepada calon upsr yang berjaya. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Abdul Aziz Deraman.





PROGRAM SAYA CEMERLANG IBU BAPA GEMILANG SIRI 3 - 2016

Program ini adalah dikhaskan untuk murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Antara agenda program ini adalah :

  • Ucapan Tuan Guru Besar dan pembentangan keputusan peperiksaanTOV Percubaan UPSR 2016.
  • Pembentangan Program UPSR terkini oleh Cikgu Aminah Bt Mohd Kannun
  • Tayangan Slide mengenai aktiviti - aktiviti pembelajaran murid tahun 6 sepanjang tahun.
  • Peneriman slip Peperiksaan Percubaan UPSR daripada guru kelas.

  •  Pendaftaran Ibu Bapa






  •  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Tuan Guru Besar


  • Pembentangan dan tayangan slide


  • Ibubapa menerima slip keputusan peperiksaan percubaan daripada guru kelas.

Thursday, August 4, 2016

PROGRAM CERAMAH DAN DEMOSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA

Program ini antara usahasama pihak sekolah melalui guru-guru praktikum dan Jabatan Bomba Kuala Nerus dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Pihak Jawatankuasa PROGRAM CERAMAH DAN DEMOSTRASI LATIHAN KEBAKARAN SK DARAT BATU RAKIT mengucapkan jutaan terima kasih kepada BAHAGIAN LATIHAN, BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT, KUALA NERUS dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Program berlangsung dengan jayanya. Disini terdapat beberapa gambar serta objektif yang dapat dicapai.



  • Memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada guru dan murid untuk menyelamatkan diri ketika berlaku bencana kebakaran.




  • Murid menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.





  • Meluaskan minda dan pemikiran seluruh warga sekolah terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah kebakaran.





  • Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba.


  • Ceramah yang disampaikan oleh pihak bomba





  • Ruang pameran yang di pamerkan kepada semua warga sekolah



  • Demostrasi yang diajar


Sekalung Penghargaan kepada Pihak Bomba