Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Wednesday, June 25, 2014

KEJOHANAN BALAPAN@PADANG KALI KE-10

KATA – KATA  ALU-ALUAN
GURU BESAR
SK DARAT BATU RAKIT

Saya berasa gembira dan sukacita serta mengucapkan  terima kasih kepada Jawatankuasa  Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang  Kali ke  10   pada tahun 2014  kerana memberi peluang  kepada saya menyampaikan sepatah dua kata dalam buku Atur cara  ini.

Pada  kesempatan ini juga , saya ingin merakam ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan  yang berjaya merancang dan melaksanakan  satu acara  sukan yang gemilang sepanjang saya bertugas di sekolah ini.

Seperti mana  yang sedia maklum bahawa  melalui  acara  sukan  yang diadakan ini dapat  mencungkil  bakat pelajar dalam acara padang dan balapan.Disini juga pelajar didedahkan dengan  kemahiran serta pengalaman yang bakal  dijadikan pendoman untuk keperingkat yang lebih tinggi lagi.

Saya berharap semoga  dengan berlangsungnya kejohanan ini  dapat menyuntik semangat baru kepada para pelajar yang berpotensi  untuk lebih meminati bidang kesukanan serta menjadikan  bidang sukan  ini selaras dengan  bidang akademik supaya pelajar tidak  berjaya atau cenderung dalam satu bidang sahaja.

Buat  akhirnya  ,saya ingin menasihati kepada para pelajar yang berbakat  perlulah diketengahkan  ke peringkat   yang lebih tinggi. Selain itu , kita  sebagai pendidik perlu memastikan anak didik  kita sebati dalam menjalani gaya hidup sihat supaya  mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Bersukan terus bersukan.


KECEMERLANGAN HARI ESOK BERMULA HARI INI


Sekian , terima kasih.

HJ.ASLAI BIN ABD.RAHMAN
Guru Besar


(25 JUN 2014)
2.30 petang
Berhimpun dikhemah masing-masing 

2.45 petang
Ketibaan dif-dif jemputan 
 -Acara Perbarisan 
-Bacaan Doa

-Ucapan Alu-aluan Wakil Guru Besar
YM.TN.HJ.KU ABD.RAHMAN B.KU NOPIAH  (GPK1)

-Ucapan Perasmian Oleh:
-YB.EN.CHE MOHD ZULKIFLI BIN JUSOH (AHLI PARLIMEN SETIU) 
-Lafaz Ikrar Kejohanan
-Perbarisan  

3.30   Petang
Acara Kejohanan Bermula
  
5.00 Petang
-Penyampaian  hadiah 
-Majlis Perasmian Penutup
TN.HJ.MAT SA’AD BIN ABDULLAH (GPK KO) 

6.00 Petang
 Majlis Bersurai