Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Thursday, November 17, 2016

UPSR 2016

UPSR 2016 mencatat keputusan yang baik kerana Sk Darat Batu Rakit menduduki tempat Pertama Daerah Kuala Nerus dalam pencapain UPSR. 2 orang murid mendapat 6A dan selebihnya mendapat 5A, 4A, 3A, 2A..




Thursday, November 10, 2016

JAMUAN AKHIR TAHUN 2016

Jamuan perpisahan Sk Dabara diadakan pada 8 Nov bertempat di Sutra Beach Resort.






Sunday, November 6, 2016

PROGRAM GENERASI MITHALI 2016 SIRI 3

Tarikh : 04 & 05 November 2016 ( Jumaat dan Sabtu )
Tempat : Sk Darat Batu Rakit
Peserta : Murid Tahun 6 dari Sk Darat Batu Rakit, SK Pechah Rotan dan Sk Bukit Wan

Program ini adalah kerjasama pihak sekolah dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Unisza bertemakan Program Transformasi Luar Bandar Strategi Lautan Biru Kebangsaan.














PERTANDINGAN MEWARNA MURID PRASEKOLAH SEMPENA "BEAUTIFUL TERENGGANU" 2017

2 orang murid Prasekolah dipilih ke Pertandingan Mewarna bertempat di Dewan Terbuka Sk Seri Budiman, Kuala Terengganu. Cikgu Wan Shamsuri bin Wan Ali selaku guru pra Sk Dabara mengiringi murid ke pertandingan tersebut.

Hadiah disediakan dari tempat pertama ke 10 untuk Daerah Kuala Nerus dan tempat pertama ke 10 untuk Daerah Kuala Terengganu. Dan murid pra Sk Dabara, Che Airel Shaifullah Bin Che Kamrul bertuah kerana mendapat tempat nombor 5 untuk daerah kuala nerus, dan seorang lagi murid, Nur Arissa Qaisara Binti Mohd Azizi mendapat saguhati penyertaan.

Hadiah yang dimenangi oleh Che Airel Shaifullah Bin Che Kamrul pada hari tersebut, diraikan sekali lagi di perhimpunan pagi dan disampaikan oleh Tuan Guru Besar Sk Dabara.



Thursday, November 3, 2016

UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS 2016

Pada 2 November 2016, Sk Dabara menghantar 2 orang murid ke Ujian Kenaikan Pangkat Koperal TKRS bertempat di Kem Pengakap tengku Muhammad Ismail (KPTMI), Telaga Batin.

Kekuatan program ini mendapat kerjasama dari kalangan pemimpin TKRS yang menjayakan program ini. Ujian yang dijalankan mengikut sukatan yang diberi dan mampu mampu melaksanakan dengan jayanya dan murid mendapat pangkat Koperal beserta sijil Ujian Kenaikan Pangkat.

Disini terdapat beberapa gambar :