Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Tuesday, October 25, 2016

PROGRAM PASCA UPSR - 2016

Lawatan ke Perkampungan Gajah pada Isnin, 24 Oktober 2016

Bertolak ke Perkampungan Gajah pada jam 8.00 pagi seramai 34 orang murid dan 6 orang guru. Program PASCA UPSR ini memberi impak kepada mereka dan menyeronokkan sambil menghayati suasana alam yang cukup indah. Disini terdapat beberapa gambar mereka berseronok menerokai sesuatu persekitaran yang baru.













TAMAN TEMA AIR, TASIK KENYIR

Setelah menikmati keindahan alam, rombongan murid tahun 6 meneruskan perjalanan ke Taman Tema Tasik Kenyir. Antara aktiviti mereka disana ialah :
- Pengalaman menaiki bot
- Mandi manda di taman air
- menikmati makan tengahari dan minum  petang di taman tema.

Rombongan ini bertolak balik pada pukul 4 petang. Disini koleksi gambar mereka bergembira melepaskan tekanan bermain air di taman tema.












Sunday, October 23, 2016

PERTANDINGAN MEGA EXPLORASI - MISI MENGENALI DAN MENCINTAI AL-QURAN

Pada 22/10/2016, Unisza bekerjasama dengan  Sk Darat Batu Rakit dalam satu program PERTANDINGAN MEGA EXPLORASI - MISI MENGENALI DAN MENCINTAI AL-QURAN anjuran Kelab Iqra' dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar Unisza bersama murid tahun 6 Sk Darat Batu Rakit. Aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 3.00 petang. Bilangan peserta seramai 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan.

Sijil disampaikan sekali lagi pada hari perhimpunan sekolah oleh Tuan Guru Besar, Abdul Aziz Bin Deraman.





Tuesday, October 18, 2016

TAKLIMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH 2016

Objektif Program :
- Memberi pendedahan awal kepada semua murid tentang peranan dan kepentingan dalam pemilihan sekolah menengah yang terbaik.

- Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan maju.

Sasaran :
- Semua murid dan ibu bapa / penjaga tahun 6.


  • Taklimat kemasukan ke Sekolah Pondok Moden ini disampaikan oleh En. Wan mohd Noor Bin Wan Ismail, Penyelia Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Agama, Terengganu.
  • Taklimat kemasukan ke "Feeder School" pula disampaikan oleh Cikgu Rosli, Kaunselor SMK Batu Rakit.
















Sunday, October 16, 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

Perkhemahan Unit Beruniform diadakan pada 13-15 hb Oktober dan disertai oleh murid tahap 2.
AJK Perkhemahan Unit Beruniform 2016 mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Disini beberapa gambar sepanjang perkhemahan.


















Sunday, October 9, 2016

#HARI SUKAN NEGARA


 Hari Sukan Negara diadakan di padang sekolah dan disertai oleh semua murid, guru, dan kakitangan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz dan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar serta merasmikan program tersebut dengan meriah.






PROGRAM PASCA UPSR 2016

Program Pasca UPSR diadakan pada khamis, 6hb oktober 2016 bertempat di dewan sekolah. Pada tahun ini program tahun 6 ini memilih tajuk "Chef Cilik".

Murid tahun 6 dibahagikan pada beberapa kumpulan dan dibantu oleh guru dan kakitangan. Disini ada beberapa gambar pada acara tersebut.