Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Monday, December 31, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat Menyambut Tahun baru 2013 kepada semua rakyat Malaysia,Semoga kita terus di panjangkan usia dalam ketaatNya.Diberi kesihatan dan rezeki yang baik untuk kita terus mencari ganjaran dan bekalan kita ke sana nanti..Amin..




Kami warga SKDABARA ucapkan selamat kembali ke sekolah buat adik-adik,teruskan perjuangan dan sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu.Tahun baru ini adik-adik mesti berazam untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.Kami warga sekolah akan sentiasa memberi yang terbaik dan menyokong adik-adik untuk terus berjaya dunia dan akhirat..Amin..

Tuesday, November 20, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012


Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit merakamkan ucapan taniah dan syabas kepada semua pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan UPSR 2012 dengan cemerlang dan berjaya.


Thursday, November 1, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU & KAKITANGAN TAHUN 2012


Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dan dengan berbesar hati kami wakil warga sekolah mempersilakan semua guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit.

ke majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru & Kakitangan sebagaimana ketetapan berikut:



Tarikh : 4-Nov-12
Hari : Ahad
Masa : 1.30 Tengahari
Tempat : Restoran Seri Mahawangsa,GongBadak


Wednesday, October 31, 2012

JAMUAN PERPISAHAN PELAJAR TAHUN 6

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dan dengan berbesar hati pelajar Tahun 6 mempersilakan semua guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit

ke majlis Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 1-Nov-12
Hari : Khamis
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah

Semoaga kehadiran kalian semua akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati Allah S.W.T InsyaAllah

Aturcara Majlis
11.15 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
11.20 Pagi : Ucapan Wakil Pelajar
11.25 Pagi : Ucapan Wakil Guru Tahun 6
11.35 Pagi : Ucapan Tuan Guru Besar
11.45 Pagi : Penyampaian Cenderahati
12.00 Tgh : Bacaan Doa
Jamuan

Thursday, October 11, 2012

KURIKULUM

TARGET UPSR 2012 SERAMAI 8 ORANG

Thursday, June 7, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI KE-13

Di rasmikan oleh Puan Guru Besar
SK.Darat Batu Rakit
Pn Hajjah Zaharah bt Abdullah


Pada : 10 - 12 Mei 2012
Tempat : Di tapak perkhemahan SMK Bukit Guntong


Monday, April 9, 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN MOTIVASI IBUBAPA DAN PELAJAR TAHUN 4,5,& 6

Tarikh : 6 April 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30 Pagi-12.30 Tenghari
Tempat : Dewan SK Darat Batu Rakit

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa dalam usaha untuk meningkatkan motivasi dan kesedaran diri dikalangan pelajar. Ia juga merupakan satu langkah mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.

Objektif program ini dijalankan

Melahirkan ibubapa yang prihatin terhadap pelajaran anak-anak.

Mewujudkan hubungan erat antara ibubapa/penjaga dengan anak mereka.

Memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu untuk didunia dan akhirat.

Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan juga emosi, rohani dan jasmani.

UJIAN LINUS

Ujian LINUS bagi tahap 1 tahun 3 bulan April
bermula pada hari ini 9 April 2012
setara seluruh Terengganu.