Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Sunday, July 31, 2016

KEM PEMACU PELAJAR CERDIK UNGGUL 2016

Kem Pemacu Pelajar Cerdik Unggul diadakan pada 25-27 Julai bertempat di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Semua murid tahun 6 menyertai kem tersebut sebagai persediaan menghadapi peperiksaan upsr yang akan tiba. Kem ini bergabung dengan Sk Pecah Rotan dan majlis penutup bergabung bersama Sk Kompleks Mengabang Telipot. Jumlah murid yang terlibat 3 buah sekolah adalah 110 orang.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Che Mohd Ruzlin Bin Ghazali, Penolong Pegawai Pendidikan  Kuala Terengganu ( Pengurusan Kurikulum dan Kemanusiaan ) dan diiringi Tuan Guru Besar Sk Darat Batu Rakit, En.  Abdul Aziz Bin Deraman, Guru Besar Sk Kompleks Mengabang Telipot , En. Abd Halim Bin Mohamed dan Guru Besar Sk Pecah Rotan, En. Che Harun Bin Abdullah.


     Kem Pemacu Pelajar Cerdik Unggul

   
                      Murid - murid menaiki bas yang disediakan untuk ke Quinara Resort.


Kem yang dijalankan dalam kumpulan


Murid-murid fokus terhadap latihan untuk UPSR


Aktiviti riadah



Majlis penutup


 Perjalanan pulang


Thursday, July 21, 2016

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR SK DABARA 2016

Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 6 Sk Darat Batu Rakit pada 18 - 21 Julai 2016.

Jumlah calon murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini seramai 34 orang.




Thursday, July 14, 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2016

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada tahun 2016 berlangsung serentak dengan semua sekolah di Terengganu. Ianya diadakan pada Khamis, 14 Julai 2016.


Majlis dimulai dengan pengerusi majlis yang terdiri daripada Guru Pelatih dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar, En. Abdul Aziz Bin Deraman.


Antara juadah yang dibawa oleh murid-murid




Persembahan murid-murid

Guru dan Kakitangan Sk Darat Batu Rakit


PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

Seramai 141 orang murid dari tahun 1 hingga ke tahun 6 terpilih dalam Program Susu 1 Malaysia yang diagihkan pada bulan Julai 2016 dan untuk peringkat sekolah, bekalan susu diagihkan pada hari ahad, selasa, dan khamis iaitu 3x seminggu pada pukul 10.10 pagi. Penyelaras Program Susu dibawah seliaan Puan Dinatul Asyikin Bt Ismail.






Sunday, July 3, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami warga Sk Darat Batu Rakit mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.