Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Tuesday, February 26, 2013

TEMU MURNI PBS MURID TAHUN 2 DAN TAHUN 3 2013

SKDABARA K.TRG, 26 Februari : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan program Temu Murni PBS murid tahun 2 dan tahun 3. Seramai 67 orang murid dan ibubapa terlibat, program Temu Murni ini di mulakan dengan sesi pendaftran pada pukul 11.00 pagi - 11.15 Pagi dan diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar.





Sesi pendaftran ibubapa pelajar tahun 2 dan tahun 3

Tuesday, February 12, 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH



SKDABARA K.TRG, 7 Februari : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan aktiviti larian merentasa desa peringkat sekolah. Larian ini melibatkan semua pelajar mengikut kumpulan sasaran iaitu murid tahun 1 hingga 6 ( Lelaki dan Peremuan) dan murid prasekolah ( Lelaki dan Perempuan). Sebelum acara berlangsung satu taklimat telah diberikan oleh Cikgu  Mustafa bin Ibrahim dan murid-murid membuat senaman ringkas sebelum acara bermula.


Senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Mustafa, sebelum acara bermula

Wednesday, February 6, 2013

MAJLIS PERJUMPAAAN GURU BESAR BERSAMA-SAMA IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6

SKDABARA K.TRG, 6 Februari : Berlangsungnya majlis perjumpaan Guru Besar bersama ibubapa tahun 6, Jam 8.30 pagi ibubapa membuat pendafatran,dan program bermula pada pukul 9.00 dengan ucapan dan taklimat pertama dari guru penyelaras UPSR Cikgu Tengku Noorasmat dan diikuti slot motivasi bersama Tuan Guru Besar Haji Aslai bin Abdul Rahman. Sesi akhir  berdialog bersama-sama ibubapa dan guru tahun 6, dan penyerahan markah ujian TOV kepada ibubapa masing-masing.











Sunday, February 3, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434h


PENGENALAN

Sempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Jawatankuasa Sambutan dan Perayaan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-Qalam:4 )

            Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah dirancang, yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “ Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.


MATLAMAT

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.


OBJEKTIF

  • Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar  Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan agama Islam.
  • Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad S.A.W dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
  • Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad S.A.W.
  • Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
  • Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan.


TARIKH DAN TEMPAT

Dijalankan pada         
23 Januari 2013 & 31 Januari 2013
Dijalankan pada hari                            
Rabu & Khamis
Waktu    
7.45 pagi – 12.45 tengahari
Dirasmikan Oleh          
:                                   En. Mohd Bin Che   Hussein, YDP PIBG SK Darat Batu Rakit Pada 23 Januari2013,
Hari Perarakan di ketuai oleh Tuan Guru Besar.



TENTATIF PROGRAM

Tarikh/Masa
Aktiviti
Tindakan
23 Januari 2013 (11 Rabiul Awal 1433 H)
7.30 Pagi
Berhimpun Di Dataran Perhimpunan
Semua guru, murid dan warga sekolah
7.45 – 8.00 Pagi
Ceramah Ambang Maulidur Rasul S.A.W
Ustaz Mohd Ridzuan B. Sudin (Guru KAFA 2012)
Semua guru, murid dan warga sekolah
31 Januari 2013 (19 Rabiul Awal 1434 H)
7.30 Pagi
Berhimpun Di Dataran Perhimpunan
Semua guru, murid dan warga sekolah
7.45 Pagi
Perarakan Maulidur Rasul (Ke Masjid)
9.15-10.15 Pagi
Ceramah Maulidur Rasul
10.45 – 11.15 (REHAT)
11.15 Pagi
Pertandingan Tulisan Khat/Jawi
(Prasekolah – Tahun 6)
12 .00 Tengahari
Permata Maulidur Rasul
(Murid Yang Lahir Pada 24 Januari/12 Rabiul Awal)
Penyampaian Hadiah & Penutup (Di Dewan)
12.30 Tengahari
Majlis  Bersurai

 HARI PERARAKAN

Pada 31hb Januari 2013, bersamaan 1434h pada hari Khamis iaitu pada pukul 8.30 pagi, para peserta telah berkumpul di Dataran Perhimpunan. Semua murid mendengar taklimat mengenai perarakan dan berselawat bimbingan Ustaz Mohd Sollehuddin B. Ghazali. Pelajar berarak mengikut "Rumah" masing-masing dan diiringi Cikgu "Rumah".