Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Tuesday, March 28, 2017

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat PKG Mengabang Telipot, Kuala Nerus berlangsung pada 27 Mac 2017 ( Isnin ) bertempat di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot pada jam 8.00 pagi.

Matlamat pertandingan ini bertujuan untuk menanam minat  murid untuk menguasai Bahasa Inggeris di samping sebagai aktiviti asas dalam perlaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Seorang murid Tahun 5 Arif , Fatin Nabiehah Bt Ahmad Faisal mewakili sekolah dalam acara Public Speaking dan mendapat Tempat Kelima daripada 10 buah sekolah.



Sunday, March 19, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 21

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 21 diadakan pada 16 Mac 2017 ( khamis ), majlis bermula jam 9.30 pagi, bertempat di Dewan Juara Sekolah dan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Bazlan Bin Abd Rahman ( ADUN Kawasan Batu Rakit ).

Antara agenda mesyuarat tahunan PIBG Sk Darat Batu Rakit ialah :

  • Ucapan Pengerusi Sementara Mesyuarat 
  • Pemilihan Pengerusi Mesyuarat
  • Ucapan YDP PIBG
  • Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat ke 20 yang lalu
  • Perkara-perkara berbangkit
  • Bentang laporan aktiviti PIBG sesi 2016/2017
  • Membentang dan mengesahkan penyata kewangan sesi 2016/2017
  • Pembubaran dan perlantikan AJK PIBG yang baharu.
  • Kutipan dan sumbangan tabung PIBG Tahun 2017
  • Membahaskan usul (jika ada)
  • Bersurai
Disini terdapat beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung.




Thursday, March 16, 2017

KARNIVAL BAHASA MELAYU

Karnival Bahasa Melayu sekolah sekolah rendah Peringkat PKG Mengabang Telipot berlangsung pada 15 Mac 2017 bertempat di Sk Padang Kemunting.

Karnival ini disertai oleh 5 orang murid diiringi 2 orang guru dan Johan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dimenangi oleh Nuraisya Nadhirah bt Sepian Tahun 3, manakala pertandingan sajak tempat ketiga dimenangi oleh Anum Syafiyyah bt Mohd Safie, Tahun 5.




Monday, March 13, 2017

TAKLIMAT SKPMg2 OLEH PEGAWAI PPD KUALA NERUS

Taklimat ini disampaikan oleh En. Roslan Bin Mat, Pegawai SISC+ PPD Kuala Nerus bertempat di makmal komputer sekolah. SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.

Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.


Sunday, March 12, 2017

KELAS TAMBAHAN PROGRAM UMT

Kelas tambahan anjuran  pelajar Umt bagi murid Tahun 5 akan diadakan sebanyak 4x hari sabtu bagi mata pelajaran BM, BI, MM dan Sains melibatkan 40 orang tahun 5 dan 13 pelajar Umt. Kelas bermula 11 Mac, 25 Mac, 8 April, dan 15 April 2017.



KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PERINGKAT DAERAH 2017


Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKN merupakan acara rasmi tahunan yang terdapat dalam daerah untuk mengenalpasti bakat-bakat sukan dari sekolah sekitar daerah Kuala Nerus.

Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari iaitu 7 - 9 Mac 2017 dan diadakan di trek latihan olahraga MSNT Gong Badak, Kuala Nerus.

Seramai 17 orang murid telah menyertai kejohanan ini. Sk Darat Batu Rakit menduduki tangga ke 6 dari 24 buah sekolah yang bertanding. 

Rekod Kemenangan :
1 Pingat Emas - lontar peluru L11  ( Rekod Baru Kejohanan ) 
- Muhammad Zul Afiq Asyraf Bin Abd Kadir

2 pingat perak 
  Acara lompat jauh P11 
 ( Nur Qamarina Balqis Bt Zulkarnil )
 dan 4x100 P12.

Majlis meraikan murid yang mendapat pingat diraikan pada hari ahad di tapak perhimpunan sekolah. 



TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK

Program ini melibatkan 19 orang murid Sk Darat yang diadakan  pada 11 Mac 2017 bertempat di Dewan Kuliah UMT. Teknik menjawab ini adalah gabungan antara Sk Darat dan Sk Tanjung Gelam sebagai persediaan awal sebelum  murid menjawab soalan OTI 1.


Monday, March 6, 2017

LAWATAN MESRA TUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

SK Darat Batu Rakit menerima kunjungan Tuan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin dan disambut oleh murid-murid Tahun 6 yang kebetulan berada di dalam makmal komputer sekolah.

Beliau memberi kata kata motivasi sebagai penyuntik semangat kepada murid-murid sebagai persediaan dalam peperiksaan nanti.