Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Wednesday, September 21, 2016

5th ASEAN SCOUT JAMBOREE ( JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA ASEAN KE 5/2016)

Pada 15-20 September 2016, SK Darat Batu Rakit menghantar 3 orang murid ke Jambori Pengakap yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Teluk Ketapang. Murid lelaki tersebut yang terdiri daripada murid tahun 6 iaitu Muhammad Luqman Haziq Bin Mohd Tarmizi, Ahmad Ariff Adli Bin Mohd Sapeli, dan Ahmad Amirul Affendi Bin Azmi. 

Penyertaan mereka didalam jambori ini mendapat sokongan daripada Tuan Guru Besar, En. Abdul Aziz Bin Deraman ,dibawah pimpinan Cikgu Mohd Sofian Bin Hamzah selaku Pemimpin Pengakap Sekolah dan diselia oleh  PK Kokurikulum, Cikgu  Hj. Mat Sa’ad Bin Abdullah.

Penyertaan ini mampu menonjol kemampuan dan peranan ahli pengakap di peringkat global dan boleh menjadi faktor untuk merapatkan jurang antara ahli pengakap Negara-negara ASEAN. Disini disertakan beberapa gambar jambori yang meriah dan boleh dijadikan kenangan.






Monday, September 19, 2016

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutup diadakan pada 19 September 2016, isnin dan bertempat di tapak perhimpuan sekolah. Antara aktiviti pada majlis penutup ialah :

Larian Kemerdekaan
Nyayian lagu Patriotik
Dikir Merdeka
Penyerahan Jalur Gemilang
Pertandingan Menghias Kelas Sepanjang Bulan Kemerdekaan
Penyampaian hadiah

Antara gambar-gambar sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.









Sunday, September 4, 2016

MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 6

Majlis Restu Ilmu diadakan pada hari Ahad, 4 September 2016 di tapak perhimpunan sekolah. Dalam majlis ini, fokus utama adalah para pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksan UPSR pada esok hari..

Harapan guru-guru dan warga SK Darat Batu Rakit kepada murid Tahun 6, semoga kejayaan mengiringi kalian.

Disini terdapat gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.