Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Monday, August 25, 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
25 OGOS 2014 ISNIN

      Majlis  Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014 telah di adakan pada 25 Ogos 2014 di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Majlis yang di rasmikan oleh Tuan Haji Aslai bin Abd Rahman Guru Besar SK.Darat Batu Rakit. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu kebangsaan dan lagu sekolah. Bagi menyemarakkan lagi majlis diteruskan dengan acara menyerahan jalur gemilang bagi setiap kelas, penyerahan jalur gemilang oleh Tuan Guru Besar Haji Aslai bin Abd Rahman kepada ketua kelas, seterusnya penyerahan kain putih bagi membina jalur gemilang gergasi yang akan dibina oleh semua warga sekolah. Ustazah Noriah mewakili penyerahan kain putih bagi pihak warga sekolah. Semoga majlis pelancaran bulan kemerdekaan ini memberi dan membina semangat kepada warga kami untuk lebih mencintai negara ini.