Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Monday, September 7, 2015

PROGRAM RESTU ILMU

         Pada 07 September 2015, jam 7.47 pagi telah berlangsung satu program restu ilmu, program ini diadakan bagi memberi satu ruang kepada pihak sekolah dalam mengeratkan ikatan dengan murid-murid. Detik tarikh 8,9 dan 10 September adalah satu tarikh yang ditunggu-tunggu dalam sejarah murid-murid tahun 6 2015 kerane mereka akan menduduki UPSR.
       Kesungguhan dalam menuntut ilmu memberi pelbagai cabaran. Oleh itu dalam mengharungi cabaran itu tentu ada sentuhan secara fizikal dan mental yang dialami oleh guru maupun murid-murid. Pada hari ini murid-murid berpeluang bermaafan dengan guru-guru serta guru perlu menghalalkan segala ilmu yang diberi kepada murid-murid. Akhir kata semoga murid-murid dapat menjawab soalan dengan lebih yakin dan sentiasa tenang. Kami warga SK Darat Batu Rakit akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan murid-murid dalam peperiksaan UPSR nanti.