Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Friday, January 17, 2014

WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2014

PENGENALAN
Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar diadakan bertujua memberi pengiktirafan kepada semua pelajar terpilih untuk menjadi pengawas. Majlis ini di adakn untuk member motivasi yang membina kepada murid lain agar memcontohi keperibadian pemimpin sekolah. Selain itu, Majlis juga menjemput tetamu jemputan untuk merasmikan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas rakan Sebaya.

MATLAMAT
·         Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
·         Memperkenalkan kepada murid-murid barisan pemimpin murid pengawar bagi tahun  2014
·         Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi
·         Bagi menwujudkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap amanah yang diberi.


OBJEKTIF
·            Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
·            Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih.
·            Membentuk keperibadian unggul sebagai seorang pemimpin.
·            Melahirkan pelajar yang cemerlang dan behemah tinggi.

 JEMPUTAN DAN PERASMIAN

·         Jemputan dan ucapan majlis oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa SK.Darat
       Batu Rakit,K.Terengganu iaitu En.Mohamad b.Husin
·         Dalam ucapan,beliau berharap semua pengawas akan menjadi contoh kepada
 murid-murid samada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
·         Semoga pengawas-pengawas tahun 6 akan mendapat keputusan yang cemerlang
 dalam peperiksaan UPSR.


TARIKH DAN TEMPAT

Dijalankan pada                      : 16hb Januari 2014
Waktu                                    : 7.45 pagi  
Dirasmikan Oleh                     : En. Mohd Bin Che Hussein
                                                YDP PIBG SK Darat Batu Rakit

SIJIL
Seramai 58 orang Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing
Rakan Sebaya dianugerah sijik watikah perlantikan  

MAJLIS PERLANTIKAN

Perlantikan dan penyampaian watikah pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan dan rakan sebaya telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Darat Batu Rakit.


Sunday, January 12, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Majlis Maulur Rasul bertemakan "WASSTIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Ambang Maulud Rasul
Pada : 13 Januari 2014 Isnin Bersamaan 11 Rabiul Awal 1435h

Sambutan Maulud Rasul
Pada : 23 Januari 2014 Khamis Bersamaan 21 Rabiul Awal 1435h

1          PENGENALAN

Sempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Jawatankuasa Sambutan dan Perayaan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-Qalam:4 )

            Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah dirancang, yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “ Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.


2          MATLAMAT

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.


3          OBJEKTIF

·         Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan
      suci junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan agama Islam.
·         Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad S.A.W dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
·         Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad S.A.W.

·         Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.

·         Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan.