Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Wednesday, January 30, 2013

MELUKIS POSTER MAULIDUR RASUL

SKDABARA K.TRG, 29 Januari : Semua pelajar dikehendaki melukis poster untuk perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari esok. Poster akan di kategorikan mengikut rumah masing-masing.




BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

SKDABARA K.TRG, 29 Januari : Majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolah Bagi Tahun 2013 ini telah diadakan di Dewan Sekolah SK Darat Batu Rakit pada pagi ini. Ianya telah dirasmikan oleh YB Ustaz Hj.Khazan b. Che Mat ADUN Batu Rakit. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu..
Bantuan khas ini diberi terus kepada semua pelajar. Majlis penyampaian  telah disampaikan oleh YB Ustaz Hj.Khazan b. Che Mat ADUN Batu Rakit. Seramai 200 pelajar telah mendapat Bantuan Khas Persekolahan RM100.00



Wednesday, January 23, 2013

AMBANG MAULUDILRASUL 1434H


Pagi rabu 23 Januari 2013 bersamaan 11 Rabilulawal 1434h, telah berlangsungnya ambang Maulud Nabi kita Muhammad s.a.w. Pada pagi ini semua kakitangan dan pelajar berhimpun untuk mendengar sesi ceramah maulud. Penceramah ialah bekas guru Kafa iaitu Ustaz Riduan yang menyampaikan ceramah beliau iaitu detik-detik kelahiran Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala umat. 

Antara yang di sampaikan oleh beliau ialah mukjizat,rahmat semasa Nabi Muhammad lahir ke muka bumi Allah swt. Bagaimana Siti Aminah binti Wahab iaitu bonda nabi mendapat khabar tentang kandungnya, Siti Aminah telah didatangi satu mimpi bahawa dia akan melahirkan seorang pemimpin besar di muka bumi ini. Sedikit gambar dan video ceramah Ustaz Ridzuan.


Tuesday, January 15, 2013

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS BAGI TAHUN 2013

Perlantikan dan pemyampaian watikah pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan dan rakan sebaya telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Darat Batu Rakit.



Ucapan YDP PIBG Sekolah

Sunday, January 6, 2013

HARI PERSEKOLAHAN BERMULA

Hari ini masuk hari ke-4 persekolahan di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, merupakan dunia baru bagi Tahun 1 dan prasekolah 2013. Mereka hadir ke sekolah dengan penuh ceria dan bersemangat dengan pakaian-pakaian baru. Alhmdulillah sesi pembelajaran mereka berjalan dengan lancar,pelajar-pelajar juga menunjukaan minat yang mendalam.Begitu juga dengan pelajar prasekolah,cikgu sangat memberi komitmen yang baik dalam mendidik adik-adik kerana mereka baru mengenal dan menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran yang mengikut aturan cikgu.Jadi untuk membentuk dunia baru mereka  amatlah sukar bagi cikgu,namun semangat ini tidak pernah hilang sehinggalah adik-adik dapat menimba ilmu dengan baik. Sedikit gambar aktiviti pembelajaran pelajar Tahun 1 dan adik Prasekolah.