Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Thursday, February 23, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 1 MALAYSIA

Majlis Penyerahan Bantuan ini dirasmikan oleh Yb. Tn. Haji Bazlan Bin Abd Rahman selaku Adun Batu Rakit pada 23 Febuari 2017, Khamis bertempat di Dewan Sekolah.



Wednesday, February 15, 2017

MAJLIS PERPISAHAN

Satu majlis jamuan perpisahan diaturkan oleh pihak sekolah untuk Mantan Guru Besar Sk Darat Batu Rakit yang bertukar ke Sk Mengabang Telipot iaitu En. Abdul Aziz Bin Deraman. Beliau berkhidmat sebagai Guru Besar di Sk Darat selama satu tahun.

Dan majlis juga meraikan kedatangan guru besar baru iaitu En. Mohd Rashid Bin Long dari sekolah Sk Pendidikan Khas, Chendering. Dan majlis juga menjemput seorang guru iaitu Ustazah Noriah Bt Mohd Zin yang bertukar ke Sk Bukit Guntong pada bulan disember tahun lalu.

Pihak sekolah merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada beliau sepanjang mengetuai pihak pengurusan sekolah selama ini dan salam perpisahan kepada Ustazah Noriah yang telah berkhidmat di sekolah ini selama 15 tahun.







Sunday, February 12, 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2017

Program gotong royong ini diadakan pada hari Sabtu, 11 Febuari 2017 yang melibatkan Warga Sekolah Dabara dan Ibu Bapa. Gotong royong bermula jam 8 pagi dan merangkumi tempat-tempat seperti kantin, dataran perhimpunan, longkang, belakang makmal komputer, surau, prasekolah,padang, dan beberapa tempat lain.

Antara beberapa gambar...





Thursday, February 9, 2017

PROGRAM IBU BAPA CEMERLANG ANAK GEMILANG 1/2017

Program ini berlangsung khasnya untuk pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Upsr 2017. Majlis dimulai dengan solat hajat oleh ibu bapa di surau sekolah dan antara tajuk program ini ialah memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai target, aktiviti dan perancangan prestasi Upsr bagi tahun 2017. Program diakhiri dengan menandatangani akujanji pelajar tahun 6.

Dibawah disertakan gambar sepanjang majlis..






Sunday, February 5, 2017

PELANCARAN JOM KE SEKOLAH & PETI ADUAN MURID

Majlis ini berlangsung serentak seluruh Malaysia pada hari Ahad 5 Febuari 2017 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia. Diperingkat sekolah pula, program ini dibawah Unit Bimbingan & Badan Disiplin. Program dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Ketua Balai Polis Batu Rakit dan Tuan Guru Besar SK Darat Batu Rakit, En. Mohd Rashid Bin Long, dan disaksikan guru-guru, murid-murid serta warga sekolah.

Objektif program ini ialah :
- Mewujudkan hubungan mesra antara sekolah dan pihak PSS (Pegawai Perhubungan Sekolah)
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang undang.
- Menggalakkan penggunaan Peti Aduan Murid bagi memantapkan pengurusan sahsiah murid.