Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Tuesday, February 12, 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH



SKDABARA K.TRG, 7 Februari : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan aktiviti larian merentasa desa peringkat sekolah. Larian ini melibatkan semua pelajar mengikut kumpulan sasaran iaitu murid tahun 1 hingga 6 ( Lelaki dan Peremuan) dan murid prasekolah ( Lelaki dan Perempuan). Sebelum acara berlangsung satu taklimat telah diberikan oleh Cikgu  Mustafa bin Ibrahim dan murid-murid membuat senaman ringkas sebelum acara bermula.


Senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Mustafa, sebelum acara bermula




pelepasan pertama dimulakan dengan kategori prasekolah


















Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar Hj Aslai bin Abd Rahman





















Dokumentasi Kejohanan Larian Merentas Desa


1          PENGENALAN

Kejohanan Larian Merentas Desa adalah program tahunan yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit,K.Terengganu setiap tahun.Program dianjurkan untuk mencungkil bakat murid di dalam cabang kokurikulum kea rah pemantapan semangat kesukanan murid.Ianya selaras dengan matlamat Kementerian pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelektual(JERI). Sekolah ini juga bertangungjawab memegang amanah bagi melahirkan nurid yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama,bangsa dan negara.Pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat mengalakkan murid dalam penglibatan mereka dalam bidang sukan.


2          RASIONAL

Kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan  murid peluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah disamping melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan berkesan serta dapat membina sahsiah,kesihatan dan kesejahteraan diri.


3          OBJEKTIF

  • Menggalakkan interaksi yang luas dikalangan murid-murid dan memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian dalam bidang sukan dengan secara langsung di peringkat sekolah.
  • Dapat mengeratkan kerjasama dan perhubungan antara murid,guru,kakitangan,pekerja sekolah dan  pekerja swasta.
  • Melatih dan menggalakkan murid-murid menceburi dalam bidang sukan secara teratur  serta mencungkil bakat-bakat murid.
  • Memilih peserta-peserta untuk pemilihan pasukan sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSM KTU dan Pertandingan Merentas Desa MSSMKTU.
  • Melahirkan murid-murid yang cerdas minda dan cergas penampilan.




2 comments: