Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Sunday, February 5, 2017

PELANCARAN JOM KE SEKOLAH & PETI ADUAN MURID

Majlis ini berlangsung serentak seluruh Malaysia pada hari Ahad 5 Febuari 2017 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia. Diperingkat sekolah pula, program ini dibawah Unit Bimbingan & Badan Disiplin. Program dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Ketua Balai Polis Batu Rakit dan Tuan Guru Besar SK Darat Batu Rakit, En. Mohd Rashid Bin Long, dan disaksikan guru-guru, murid-murid serta warga sekolah.

Objektif program ini ialah :
- Mewujudkan hubungan mesra antara sekolah dan pihak PSS (Pegawai Perhubungan Sekolah)
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang undang.
- Menggalakkan penggunaan Peti Aduan Murid bagi memantapkan pengurusan sahsiah murid.



No comments:

Post a Comment