Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Wednesday, September 21, 2016

5th ASEAN SCOUT JAMBOREE ( JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA ASEAN KE 5/2016)

Pada 15-20 September 2016, SK Darat Batu Rakit menghantar 3 orang murid ke Jambori Pengakap yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Teluk Ketapang. Murid lelaki tersebut yang terdiri daripada murid tahun 6 iaitu Muhammad Luqman Haziq Bin Mohd Tarmizi, Ahmad Ariff Adli Bin Mohd Sapeli, dan Ahmad Amirul Affendi Bin Azmi. 

Penyertaan mereka didalam jambori ini mendapat sokongan daripada Tuan Guru Besar, En. Abdul Aziz Bin Deraman ,dibawah pimpinan Cikgu Mohd Sofian Bin Hamzah selaku Pemimpin Pengakap Sekolah dan diselia oleh  PK Kokurikulum, Cikgu  Hj. Mat Sa’ad Bin Abdullah.

Penyertaan ini mampu menonjol kemampuan dan peranan ahli pengakap di peringkat global dan boleh menjadi faktor untuk merapatkan jurang antara ahli pengakap Negara-negara ASEAN. Disini disertakan beberapa gambar jambori yang meriah dan boleh dijadikan kenangan.






No comments:

Post a Comment