Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Sunday, July 31, 2016

KEM PEMACU PELAJAR CERDIK UNGGUL 2016

Kem Pemacu Pelajar Cerdik Unggul diadakan pada 25-27 Julai bertempat di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Semua murid tahun 6 menyertai kem tersebut sebagai persediaan menghadapi peperiksaan upsr yang akan tiba. Kem ini bergabung dengan Sk Pecah Rotan dan majlis penutup bergabung bersama Sk Kompleks Mengabang Telipot. Jumlah murid yang terlibat 3 buah sekolah adalah 110 orang.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Che Mohd Ruzlin Bin Ghazali, Penolong Pegawai Pendidikan  Kuala Terengganu ( Pengurusan Kurikulum dan Kemanusiaan ) dan diiringi Tuan Guru Besar Sk Darat Batu Rakit, En.  Abdul Aziz Bin Deraman, Guru Besar Sk Kompleks Mengabang Telipot , En. Abd Halim Bin Mohamed dan Guru Besar Sk Pecah Rotan, En. Che Harun Bin Abdullah.


     Kem Pemacu Pelajar Cerdik Unggul

   
                      Murid - murid menaiki bas yang disediakan untuk ke Quinara Resort.


Kem yang dijalankan dalam kumpulan


Murid-murid fokus terhadap latihan untuk UPSR


Aktiviti riadah



Majlis penutup


 Perjalanan pulang


No comments:

Post a Comment