Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Sunday, March 17, 2013

MESYUARAT PIBG KALI KE-17

SKDABARA K.TRG, 16 March : Telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Jailani bin Ngah, beliau merupakan Setiusaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan selesai majlis pada pukul 1.00 tengahari. 



























Berikut adalah keratan akhbar mengenai program semalam...


Berita Utama


‘Kami bertuah’

Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Kuala Terengganu: “Saya bersyukur kerana terpilih mengerjakan haji. Sukar digambarkan perasaan saya sebaik dimaklumkan mengenai pemilihan ini,” kata warga emas, Ariffin Ab Manaf, 62, Imam Masjid Kampung Bukit Tunggal, di sini.
Ariffin antara 73 penerima terdiri daripada imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Terengganu yang terpilih menunaikan haji menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tahun ini.

Bapa kepada lima anak itu menyifatkan dirinya bertuah kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci yang menjadi impian setiap umat Islam.


“Saya terharu kerana dihargai seperti ini. Siapa sangka golongan imam seperti saya dihargai seumpama ini sehingga diberikan peluang menunaikan haji tanpa perlu mengeluarkan belanja.
Foto
Yang Berbahagia Dato' Haji Jailani bin Ngah (tengah) menyerahkan tawaran kepada imam dan pengerusi JKKK yang terpilih menunaikan haji, semalam.

“Kalau tidak kerana program khas ini, saya tidak tahu bila berpeluang ke sana, apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat,” katanya.

No comments:

Post a Comment