Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Wednesday, January 23, 2013

AMBANG MAULUDILRASUL 1434H


Pagi rabu 23 Januari 2013 bersamaan 11 Rabilulawal 1434h, telah berlangsungnya ambang Maulud Nabi kita Muhammad s.a.w. Pada pagi ini semua kakitangan dan pelajar berhimpun untuk mendengar sesi ceramah maulud. Penceramah ialah bekas guru Kafa iaitu Ustaz Riduan yang menyampaikan ceramah beliau iaitu detik-detik kelahiran Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala umat. 

Antara yang di sampaikan oleh beliau ialah mukjizat,rahmat semasa Nabi Muhammad lahir ke muka bumi Allah swt. Bagaimana Siti Aminah binti Wahab iaitu bonda nabi mendapat khabar tentang kandungnya, Siti Aminah telah didatangi satu mimpi bahawa dia akan melahirkan seorang pemimpin besar di muka bumi ini. Sedikit gambar dan video ceramah Ustaz Ridzuan.















        Ceramah pada pagi tadi telah di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah Utaz Ridzuan yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Haji Asali Bin Abd Rahman. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment