Majlis disusuli dengan nyayian lagu NILAM dan lagu BAHASA JIWA BANGSA yang dipaparkan menerusi skrin lcd. Murid - murid bersemangat untuk menyambut bulan bahasa melayu pada bulan Februari ini kerana ada beberapa aktiviti yang dipertandingkan contohnya mewarna dan melukis poster, kuiz antonim dan sinonim, mari mengeja, deklamasi sajak, berpantun, kuiz penjodoh bilangan, mari membaca dan pertandingan bercerita.
Kemeriahan lebih terasa dengan gimik pelancaran oleh Guru Besar, diiringi Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Koko dengan memecahkan ais yang mengandungi banner untuk dilekatkan pada dewan.
No comments:
Post a Comment