Ambang Maulud Rasul
Pada : 13 Januari 2014 Isnin Bersamaan 11 Rabiul Awal 1435h
Sambutan Maulud Rasul
Pada : 23 Januari 2014 Khamis Bersamaan 21 Rabiul Awal 1435h
1 PENGENALAN
Sempena dengan bulan kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W, Jawatankuasa Sambutan dan Perayaan dengan kerjasama
Panitia Pendidikan Islam berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi
mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan maulidur Rasul di
peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap
Rasulullah saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan
berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan
memuji baginda didalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad )
mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-Qalam:4 )
Majlis
Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang
diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah
dirancang, yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan
dengan tema pada kali ini iaitu “ Wasatiyyah
Tunggak Kesatuan Ummah”.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi
Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia
memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti
mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Di samping itu perasaan cinta dan
kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.
2 MATLAMAT
Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat
Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap
Nabi Muhammad S.A.W dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan
sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan,
melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.
3 OBJEKTIF
·
Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping
memperingati perjuangan
suci junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan agama Islam.
·
Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad S.A.W dan
mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
·
Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan
sirah Nabi Muhammad S.A.W.
·
Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal,
gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
·
Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu
membantu di antara sesama murid dalam pasukan.
No comments:
Post a Comment