PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi
antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja
menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga
membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran
lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi
tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada
masyarakat dan negara.
KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan
Penyayang.
RASIONAL
Setiap murid mempunyai kebolehan
membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui
bimbingan dan panduan daripada mentor. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai
cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan
sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka
menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.2 Panduan
Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM
OBJEKTIF
·
Melalui program ini,
murid diharapkan dapat;
·
Mewujudkan semangat
kekeluargaan yang kukuh dan saling hormatmenghormati antara mentor dan mentee.
·
Mengamalkan budaya
penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
·
Membina keyakinan diri
dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
·
sentuhan dari mentor
yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap
kebajikan mereka.