Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Tuesday, October 8, 2013

SAMBUTAN HARI RAYA

PENGENALAN
Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu daripada acara tahunan yang diraikan secara besar besaran di peringkat sekolah. Ia merupakan masa dan waktu yang boleh memberi peluang kepada murid untuk meraikan kedatangan bulan Syawal, setelah menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

MATLAMAT
Program ini untuk mengeratkan silaturrahim diantara murid-murid dan guru.

RASIONAL
Menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan rohaniah sekaligus menjadi banteng mencegah kerosakan hubungan.

 OBJEKTIF
·         Menjalinkan hubungan erat diantara murid-murid prasekolah dan guru.
·         Bermaaf-maafan satu sama lain.
·         Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama di kalangan murid-murid sekolah.
·         Menghayati bulan-bulan kebesaran  Islam.
·         Memupuk sifat pemurah dalam diri individu.
·         Member ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegebiraan suasan hari raya dalam semua peringkat.
MESYUARAT  PROGRAM

KONSEP

Dijalankan pada          : 22 Ogos 2013
Pakaian                        :  Pakaian Hari Raya

TARIKH DAN TEMPAT

Dijalankan pada                      : 22 Ogos 2013 bersamaan 15 Syawal 1434h
Hari                                         : Khamis
Waktu                                    : 8.00 Pagi





Thursday, June 27, 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.


KONSEP

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang. 

RASIONAL

Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi  membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.2 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

OBJEKTIF

·         Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

·         Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormatmenghormati antara mentor dan mentee.

·         Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

·         Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan 
·         sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap 
kebajikan mereka.

Monday, June 24, 2013

PROGRAM TEMU MURNI SUMATIF 2 MURID TAHUN 4, 5 DAN 6

Tarikh 24.6.2013
Hari : Isnin
Masa : 11.000 Pg
Tempat : SK Darat Batu Rakit






PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA EMAS

SKDABARA K.TRG, SELASA 18 JUN  : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan Program Gotong Royong bersama warga emas yang diwakil oleh pelajar tahun 5 melalui persatuan sekolah, aktiviti ini diiringi oleh guru PKHEM Puan Hasmah Othman dan Pn Zabidah. Program bermula pada pukul 2.00 Petang dan berakhir pada pukul 4.00 Petang. Pelajar-pelajar telah diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti membersih kawasan, dan tugas-tugas di bahagikan kepada pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Tujuan program ini diadakan untuk memberi rasa semangat kerjasama pelajar terhadap masyarakat terutama golongan warga emas sekaligus pelajar dapat memberi khidmat masyarakat dari peringkat rendah. Aktivti ini amat memberi kesan kerana bukan sahaja kita dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah malah pelajar juga dapat mengetahuai bagaimana melibatkan aktivti sihat seperti ini. Dulu kita hanya mengetahuai aktivti masyarakat ini di peringkat universiti dan sekarang program ini telah di jalankan pada peringkat sekolah rendah lagi. Alhamdullah progrm ini telah berjalan lancar dan semua kawasan-kawasan juga telah dibersihkan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan kerjasama tuan rumah. 





Monday, June 10, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

SKDABARA K.TRG, 16 Mei : Sambutan Hari Guru dilangsungkan pada 16 Mei baru-baru ini, Alhamdulillah program selesai dijalankan dengan sempurna. Semua guru-guru dan murid berkumpul di dewan sekolah sebelum acara dimulakan. Waktu yang di nanti-nanti oleh semua guru di mana setahun sekali guru akan menyanyikan lagu GURU MALAYSIA, nyanyian yang sangat memberi 1asprasi dan aku janji kepada murid bahawa kami guru-guru akan mendidik dan memimpin putera-puteri negara ini, dengan penuh harapan juga guru ingin melihat anak didiknya berjaya suatu hari nanti. Seterusnya acara diteruskan dengan Ucapan dari PKKO iaitu En.Mohd Nor yang mewakil mengutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, ucapan seterusnya dari Tuan Guru besar dan di akhir sesi melafazkan IKRAR GURU yang diketuai oleh Tuan Guru Besar iaitu Haji Aslai Bin Abd Rahman.




Thursday, April 4, 2013

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU UTARA

SKDABARA K.TRG, 04 April  : Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Kuala Terengganu Utara yang di adakan pada 31 March-4 April bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka. Syabas kepada adik-adik kerana berjaya ke peringkat suku akhir. Walaupun tidak berjaya ke peringkat seterusnya, kami pihak sekolah tetap berbangga dengan semangat kesukanan yang kamu miliki dan jadikan kekalahan ini sebagai pemangkin untuk kamu terus berusaha dengan lebih gigih. Kekecewaan hari ini tidak bererti kamu rebah selamanya biar kekalahan jadi semangat pasukan sekolah kita menjadi lebih kuat dan bangkit dari pengalaman yang lalu. Apa yang lebih penting adik-adik telah pelajari satu semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain...SK DABARA TERUS BERSEMANGAT...Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih Cikgu Norliza,Cikgu Mustafa, Cikgu Naji, Cikgu Mashi, Cikgu Faris,Cikgu Azam,Ustaz Solehhuddin,Cikgu Wan Shamsuri, Cikgu Sofian dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sukan sekolah..










Sunday, March 17, 2013

MESYUARAT PIBG KALI KE-17

SKDABARA K.TRG, 16 March : Telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Jailani bin Ngah, beliau merupakan Setiusaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan selesai majlis pada pukul 1.00 tengahari. 





Monday, March 11, 2013

JAWATAN KUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 17 Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit akan di adakan pada minggu ini. Berikut adalah jawatankuasa kerja Mesyuarat Agung PIBG

Penasihat
Tn.Hj. Aslai bin Abd Rahman

Pengerusi
En.Mohamad bin Husin

Naib Pengerusi
Pn.Wan Norliza bt Wan Syarif

Setiusaha 
En.Mohd Nor bin Mamat

Bendahari
En.Wan Shamsuri bin Wan Ali

Ahli Jawatankuasa

AJK Pendaftaran
Norazira bt Amada Zaki
Norhayati bt Mat Rani

AJK Penyambut Tetamu
Guru Besar
Guru Penolong Kanan 1
Guru Penolong Kanan HEM
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

AJK Jemputan dan Surat Menyurat & Minit
Mohd Nor bin Mamat
Hamid bin Mamat

AJK Buku Aturcara,Publisiti & Backdrop
Norliza bt Ismail
Zaleha bt Mohamad
Hartina bt Mahari
Afifah bt Ismail
Pekerja swasta

AJK Hadiah & Cenderahati
Nohimah bt Mohamad
Tg.Norasmat bt Tg.Hassan
Nor Mashitah bt Kamarul Azahar
Pekerja swasta

AJK Jamuan
Zabidah bt Mat Adam
Suryatiah bt Wagino
Rosslina bt Mohd Noor
Najiddatun bt Ramli
Raja Norzita Embong
Norzila bt Hashim
Pekerja swasta perempuan

AJK persiapan tempat & Siaraya
Sofian bin Hamzah
Modh sallehhuddin bin Ghazali
Tg.Faris Syahmi bin Tg.Khalid
Mohd Arif Azam bin Mat Yunoh
Pekerja swasta Lelaki

AJK Persembahan Murid
Amidah bt Sulong
Radziah bt Salim
Othman bin Mohamad

Juruacara majlis
Mustafa bin Ibrahim
Noriah bt Mohd Zain

Bacaan Doa
Mohd Sallehhuddin bin Ghazali
Hafizuddin bin Abd Rashid

AJK Dokumentasi
Wan Shamsuri bin Wan Ali 
Mohd Nor bin Mamat

AJK Kawalan & Keselamatan Sekolah 
Semua Pengawal keselamatan

Pencatat
Afifah bt Ismail
Fatimah Mashaifiza bt Mohad


Tarikh : 16 March 2013
Tempat : Dewan SK Darat Batu Rakit
Pendaftaran : 8.00 Pagi


Wednesday, March 6, 2013

PERASMIAN PROGRAM NILAM


SKDABARA K.TRG, 6 March : Tuan Guru Besar telah merasmikan Program Nilam  









Tuesday, February 26, 2013

TEMU MURNI PBS MURID TAHUN 2 DAN TAHUN 3 2013

SKDABARA K.TRG, 26 Februari : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan program Temu Murni PBS murid tahun 2 dan tahun 3. Seramai 67 orang murid dan ibubapa terlibat, program Temu Murni ini di mulakan dengan sesi pendaftran pada pukul 11.00 pagi - 11.15 Pagi dan diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar.





Sesi pendaftran ibubapa pelajar tahun 2 dan tahun 3

Tuesday, February 12, 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH



SKDABARA K.TRG, 7 Februari : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan aktiviti larian merentasa desa peringkat sekolah. Larian ini melibatkan semua pelajar mengikut kumpulan sasaran iaitu murid tahun 1 hingga 6 ( Lelaki dan Peremuan) dan murid prasekolah ( Lelaki dan Perempuan). Sebelum acara berlangsung satu taklimat telah diberikan oleh Cikgu  Mustafa bin Ibrahim dan murid-murid membuat senaman ringkas sebelum acara bermula.


Senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Mustafa, sebelum acara bermula

Wednesday, February 6, 2013

MAJLIS PERJUMPAAAN GURU BESAR BERSAMA-SAMA IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6

SKDABARA K.TRG, 6 Februari : Berlangsungnya majlis perjumpaan Guru Besar bersama ibubapa tahun 6, Jam 8.30 pagi ibubapa membuat pendafatran,dan program bermula pada pukul 9.00 dengan ucapan dan taklimat pertama dari guru penyelaras UPSR Cikgu Tengku Noorasmat dan diikuti slot motivasi bersama Tuan Guru Besar Haji Aslai bin Abdul Rahman. Sesi akhir  berdialog bersama-sama ibubapa dan guru tahun 6, dan penyerahan markah ujian TOV kepada ibubapa masing-masing.