Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

SEJARAH SEKOLAH

      Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit atau singkatannya SKDABARA, merupakan salah satu sekolah di daerah Kuala Terengganu, kira-kira 25kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini mula dibuka pada 1hb Januari 1985 pada hari Selasa, yang mempunyai keluasan 3.64 hektar dan terletak dipinggir bukit dengan hanya memiliki dua buah bangunan termasuk kantin.

      Pengambilan pelajar-pelajar sulung seramai 170 orang telah dibimbing oleh 8 orang guru dengan diketuai oleh Tuan Haji Hussain b. Muhammad selaku Guru Besar dan 2 orang pekerja am. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada penduduk sekitar berhampiran iaitu Kampung Darat Batu Rakit, Kampung Wakaf Chagak,kampung Pandu dan Kampung Kubur Timah. Pertambahan pelajar agak ketara menjelang tahun 1987 iaitu seramai 216 orang. Pada tahun ini juga pertukaran guru besar telah berlaku di mana Tuan Haji Muda@Yussof b. Mohamad telah hadir menggantikan Tuan Haji Hussain b. Muhammad.

     Menjelang Tahun 1991 pihak sekolah telah mendapat peruntukan bangunan tambahan iaitu blok B hasil projek kilat bagi menampung pertambahan pelajar yang berjumlah 224 orang. Selain itu, dengan hasil usahah Persatuan Ibu Bapa dan guru, Pihak sekolah sekali lagi telah memperoleh peruntukan sebanyak RM25,000 dari Menteri besar untuk pembinaan sebuah surau,manakala diakhir tahun pula rezeki sekolah bertambah apabila peruntukan diberikan bagi membina bangunan pra sekolah. Pada 5 Januari 1992 bermulalah prasekolah dengan pelajar seramai 28 orang dibawah bimbingan En.Ahamad nasri b.baharom dan seorang pembantu iaitu Cik Norhayati bt Mat Rani. Setahun kemudian,sebuah bangunan dua tingkat iaitu blok C telah ditambah bagi menempatkan sebuah bilik Perpustakaan,Makmal Sains, bilik Kemahiran Hidup dan beberapa buah kelas.

      Sesungguhnya patah tumbuh, hilang berganti. PertukaranTuan Haji Muda ke Sekolah Teluk Pasu telah diganti oleh Encik Ibrahim b.Mohamad pada 1 Mei 1995. Encik Ibrahim telah menerajuai pentadbiran sekolah DABARA hampir 4 tahun. Beliau kemudiannya bersara dan tempatnya telah digantioleh Tuan Haji Ab.hamid b Chik. Puan Hajah Azizah bt Omar merupakan satu-satunya gurubesar perempuan yang telah bertugas di sekolah ini menggantikan Tuan Haji Abd Hamid yang bersara pada November 2002. Perkhidmatan beliau di sekolah ini hanya bertahan selama setahun tujuh bulan apabila Sekolah beliau kemudiannya ditukarkan ke SK Bukit Petiti pada Julai 2004. pada tahun ini juga sekolah DABARA telah mendapat sebuah bangunan makmal komputer.

      Pemergian Puan Hjh. Azizah ke SK Bukit Petiti telah digantikan oleh En.Rosdi b Jusoh dari SK Bukit Gemuruh. semasa pentadbiran beliau, satu perubahan dalam unit kurikulum sekolah rendah telah berlaku dimana pendidikan j-Qaf telah diperkenalkan iaitu pada tahun 1997 yang bertujuan untuk mendidikan pelajar supaya celik Jawi dan Al-Quran. Tidak lama kemudian, En. Rosdi ditukarkan ke Sk Tanjung Gelam dan digantikan dengan Pn. Hajjah Zaharah bt Abdullah. Genap setahun, Pn Hajjah Zaharah bersara. Sk Dabara menerima guru besar baru daripada Sk Bukit Petiti iaitu Hj Aslai Bin Abd Rahman dan pada tahun 2015 beliau bersara. Sekolah menerima kedatangan guru besar baru dari Negeri Pahang iaitu En. Zulkifli bin Daud dan bertugas selama setahun kerana bertukar ke Sk Kuala Tahan, Pahang. Dan, permulaan bagi tahun 2016, pihak sekolah menerima kehadiran guru besar baru iaitu, En. Abd Aziz Bin Deraman daripada Sk Tok Jiring, Kuala Terengganu dan diharapkan semoga sekolah ini akan terus maju di bawah moto iaitu "KECEMERLANGAN HARI ESOK BERMULA HARI INI".

Senarai Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat

Tuan Haji Hussein bin Mohamad 1985 - 1987
Tuan Haji Muda bin Mohamad 1987 - 1995
En.Ibrahim bin Mohamad 1995 - 2000
Tuan Haji Hamid bin Chik 2000 - 2002
En.Mohamad bin Zit (Memangku) 2002 - 2002
Pn.Hajjah Azizah binti Omar 2002 - 2004
En.Rosdi bin Jusoh     2004 - 2011
Pn.Hajjah Zaharah binti Abdullah  2011 - 2012
Hj. Aslai bin Abd Rahman 2012 - 2015  
En. Zulkifli bin Daud                       2015 - 2016
En. Abd Aziz bin Deraman              2016 - 2017
En. Mohd Rashid bin Long              2017 - 2017
En. Mohd Fadli Bin Sidik                2017 -