Selamat Datang Ke Blog SK Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu Tel :096694177 Fax :096694177 Sila Layari Laman Web:skdabara.pkgmt.net

Aktiviti

Thursday, June 27, 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.


KONSEP

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang. 

RASIONAL

Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi  membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.2 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

OBJEKTIF

·         Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

·         Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormatmenghormati antara mentor dan mentee.

·         Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

·         Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan 
·         sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap 
kebajikan mereka.

Monday, June 24, 2013

PROGRAM TEMU MURNI SUMATIF 2 MURID TAHUN 4, 5 DAN 6

Tarikh 24.6.2013
Hari : Isnin
Masa : 11.000 Pg
Tempat : SK Darat Batu Rakit






PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA EMAS

SKDABARA K.TRG, SELASA 18 JUN  : Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah mengadakan Program Gotong Royong bersama warga emas yang diwakil oleh pelajar tahun 5 melalui persatuan sekolah, aktiviti ini diiringi oleh guru PKHEM Puan Hasmah Othman dan Pn Zabidah. Program bermula pada pukul 2.00 Petang dan berakhir pada pukul 4.00 Petang. Pelajar-pelajar telah diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti membersih kawasan, dan tugas-tugas di bahagikan kepada pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Tujuan program ini diadakan untuk memberi rasa semangat kerjasama pelajar terhadap masyarakat terutama golongan warga emas sekaligus pelajar dapat memberi khidmat masyarakat dari peringkat rendah. Aktivti ini amat memberi kesan kerana bukan sahaja kita dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah malah pelajar juga dapat mengetahuai bagaimana melibatkan aktivti sihat seperti ini. Dulu kita hanya mengetahuai aktivti masyarakat ini di peringkat universiti dan sekarang program ini telah di jalankan pada peringkat sekolah rendah lagi. Alhamdullah progrm ini telah berjalan lancar dan semua kawasan-kawasan juga telah dibersihkan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan kerjasama tuan rumah. 





Monday, June 10, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

SKDABARA K.TRG, 16 Mei : Sambutan Hari Guru dilangsungkan pada 16 Mei baru-baru ini, Alhamdulillah program selesai dijalankan dengan sempurna. Semua guru-guru dan murid berkumpul di dewan sekolah sebelum acara dimulakan. Waktu yang di nanti-nanti oleh semua guru di mana setahun sekali guru akan menyanyikan lagu GURU MALAYSIA, nyanyian yang sangat memberi 1asprasi dan aku janji kepada murid bahawa kami guru-guru akan mendidik dan memimpin putera-puteri negara ini, dengan penuh harapan juga guru ingin melihat anak didiknya berjaya suatu hari nanti. Seterusnya acara diteruskan dengan Ucapan dari PKKO iaitu En.Mohd Nor yang mewakil mengutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, ucapan seterusnya dari Tuan Guru besar dan di akhir sesi melafazkan IKRAR GURU yang diketuai oleh Tuan Guru Besar iaitu Haji Aslai Bin Abd Rahman.